Saturday 21 September 2019

Assalamualaikum.

5 tahun menyepi dari dunia blogging tapi malam ni tergerak hati untuk menulis dan publish entry lagi. Ya, it may sound old school to still use this platform nowadays but heyy! who cares. I purposely write for my own self. Lima tahun berlalu, saya masih orang yang sama. Orang biasa :) Pilih untuk menulis saat lidah tak mampu berbicara dan hati tak terdaya menanggung rasa ini (actually kerap ja create post tapi semua endup biar dlm draft tak publish haha). 

Malam ini, sekali lagi rasa itu datang membawa seribu satu tanda tanya. Enam tahun lepas, saya ditinggalkan oleh kekasih hati yang amat saya sayangi. Tahun ini diberi peluang untuk bertemu kembali, gembira tak terkata. Hubungan yang terputus dahulu kini terjalin semula. Bertekad untuk berikan yang terbaik agar hubungan ini sentiasa berseri. Namun, apalah dayaku untuk menolak suratan takdir yang telah tertulis. Si dia pergi lagi membawa diri untuk kali kedua.

Sakit, sepertinya luka lama berdarah semula tapi kali ini lebih perit. Ditinggalkan dan dititipkan pesan agar menerima yang lebih baik darinya sekiranya ada. Terkelu lidahku, tak terkata apa. Menangis hati ini untuk kesekian kalinyaa. Jika diturutkan kata hati, mahu saja merayu agar diberikan lagi peluang untuk terus bersama. Namun dalam logik akal saya ini, hubungan atas dasar paksaan tiada manisnya. Maka, dengan terketar dan berat hati saya menurutkan kemahuanya. 

Sebulan berlalu, saya masih mencari kekuatan agar tidak terus rebah. Setiap malam rindu itu datang tanpa jemu. Ada masanya senyuman terukir di bibir mengenangkan teletahnya sepanjang bersama saya dan ada masanya airmata menemani sehingga ke pagi. Saat perasaan ini mula tak terkawal, penemannya hanya rakaman suara yang pernah ada ketika masih berhubung. Di situ lah saya mendapatkan semula semangat untuk meneruskan langkah saya. 

Sejujurnya, saya masih berharap agar si dia kembali ke pangkuan saya. Tapi siapalah saya, hanya orang biasa yang tak punya kuasa.




Muhammad Farhan bin Zolkarnain,

Saya tak sempurna. Masih banyak kelemahan saya yang perlu saya baiki. Saya sedar, ada kalanya tindakan serta tutur kata saya mengguriskan hati awak. Maafkan saya :( Biarpun awak dah jelaskan pada saya tentang sebab mengapa awak pergi kali ini, namun dalam fikiran saya masih terlalu sarat dengan soalan yang belum terjawab. Alasan awak untuk pergi belum cukup kukuh untuk patahkan semangat saya dalam mencintai awak. Sejujurnya, saya masih percaya dan yakin awak akan kembali lagi suatu hari nanti dan oleh kerana itu, saya gunakan masa yang ada ini untuk mempersiapkan diri saya menyambut kepulangan awak. 

Saya doakan awak berjaya dunia dan akhirat. Awak sedang menuju ke arah cita-cita yang awak impikan dari zaman persekolahan. Tahniah, Fa! Jaga diri, banggakan keluarga awak. Enam bulan tu tak lama pun, Fa. Andai takdir tidak mempertemukan kita lagi selepas ini, saya harap suatu masa nanti, awak akan sedar bahawa cinta saya tak pernah dan tak akan berpaling tadah dari awak. Peganglah kata-kata saya kali ini, janji ini tak akan dimungkiri selagi awak tidak menikahi mana-mana perempuan.

Sayangku Muhammad Farhan, I will always be right here waiting for you! Selamat maju jaya dalam kerjaya baru kamu.

Latif's Daughter Copyright. Designed by Blogger Template