Thursday 20 February 2014

Assalamualaikum.

Masuk harini genap 9bulan 10hari awak tinggalkan saya. Sedih ? Saya hanya perempuan biasa jadi bohongg sangatlah kalau saya katakan yang saya tak sedih. Rindu ? Saya manusia biasa yang dianugerahkan seketul daging berbentuk hati untuk mempunyai perasaan rindu terhadap seseorang yang dulu bahagiakan hidup saya. 

Namun saya akur sekarang yang awak bukan lagi milik saya. Awakk dah terlalu bahagia dengan pilihan hati awak dan saya tak mampu menidakkan kenyataan tersebut. Tuhan anugerahkan awak seorang gadis yang betul betul manja dan memahami awak. Jagalah hati dia sebaik mungkin. 

Malam ni saya jatuhkan airmata saya bukan kerana saya cemburu, bukan juga kerana saya kecewa tapi, saya jatuhkan airmata syukur kerana kebahagiaan yang awak impikan selama ini telahpunn menjadi milik awak. Walaupun saya bukan insan yang sedang membahagiakan awak saat ini, saya tetap bersyukur pada Ilahi kerana satu-satunya impian awak telah tercapai. Saya gembira untuk awak. 

Sebenarnya, saya menyesal dan tersangat menyesal kerana abaikan awak dulu hingga hati awak ditawan oleh orang lain. Silap saya dan kerana apa yang saya telah perlakukan awak, sampai saat ni saya belum terbuka hati untuk sesiapa. Saya risau saya akan kecewakan orang lain seperti mana saya kecewakan awak. 

Jujur saya masih sayangkan awak. Namun tak mungkin bagi saya untuk mengharapkan awak kembali kepada saya lagi. Dia terlalu baik untuk awak, dia juga terlalu sayangkan awak. Jadi, tak mungkin saya sanggup untuk melukakan hati seorang perempuan yang tak bersalah. Saya anggap takdir tidak menyebelahi saya untuk kali ini. Insan kesayangan saya bukan milik saya. 

Ketahuilah, saya tetap di sini tidak berganjak sedikit pun untuk pergi menjauh dari awak. Sentiasa ada bila awak perlukan :) 
Nota Dari Hati : Akanku ingat dirimu dalam setiap setiap doaku.

Latif's Daughter Copyright. Designed by Blogger Template