Tuesday 4 February 2014



"Add life to your days not days to your life"

Fahamkan maksud sebenar statement kat atas tu. It's truly deep actually. Dibaa nih dah terlalu lekaa dengan kehidupan di dunia yang jelas hanya untuk sementara. Hari-hari yang lepas terbiar pergi dengan perkara yang sia-sia, ya Allah :( dan waktu pulaa semakin cepat berlalu pergi meninggalkan dibaa jauhh kebelakang. Umur semakin meningkat, namum pemikiran belum masak sepenuhnya untuk bergelar seorang yang matang. Ahh, bencinyaa! nafsu dalam diri terlalu bermaharajalela di ketika ini. -Muhasabah diri-

 Assalamualaikum,

Kadang-kadang, cinta hadir tanpa disedari. Dari kenalan lahir perasaan sayang. Seterusnya cinta berputik dalam diam, tanpa diluahkan. Cinta hadir tanpa diduga, tidak mengira waktunya, tidak mengira pangkat, darjat, keturunan mahupun umur. Cinta juga boleh hadir dimana-mana. Hatta, di hujung jari sekalipun cinta boleh berputik. Jodoh itu rahsia Allah.
Berkawanlah dengan sesiapa pun, tapi jangan selalu berharap mereka akan selalu ambil kisah tentang kamu. Bimbang itu hanya akan melukai dan mengecewakan kamu.
Maaf, bukan niatku untuk menyakitimu juga bukan niatku untuk mempermainkan perasaanmu. Jujur, aku memohon maaf kerana melukai hatimu. Aku cuma manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan. Mungkin aku salah, cara aku salah. Serba salah menghantui aku, sehingga sukar untuk berkata benar.

Sungguh, aku menyayangimu cuma sebagai seorang sahabat. Tetapi seringkali "sayang" aku di salah erti kan. Dan akhirnya, aku juga yang dipersalahkan. Persahabatan yang terjalin, dibuang, dilupakan sebegitu sahaja. Hanya kerana aku menolak cintanya. Tahukan engkau sahabat aku berasa sungguh sedih?

Buatmu sahabat. Berjanjilah denganku, boleh? Berpisah kita di dunia, bertemu kita di syurga. Jadi, jangan bersedih, atau menangis ya? Allah uji kita dengan pertemuan. Kini, Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ini juga satu ujian? Untuk lihat sejauh mana kekuatan iman. Berpimpin tangan sambil berjalan beramai-ramai menuju ke pintu Syurga Ilahi. Alangkah indahnya jalinan ukhwah kerana Allah. SubhanAllah! Saya sayang awak kerana Allah :')
Ya Allah.. Gantikanlah kepedihan dan kesunyian ini dengan kesenangan dan keceriaan. Hilangkanlah rasa bergantung dengan orang lain kepada rasa dekat dengan-Mu. Dinginkanlah panasnya kalbuku ini dengan dingin salju keyakinan. Padamkanlah bara jiwaku yang mahukan dampingan orang ini dengan renjisan air keimanan. Ku mohon pada-Mu, ya Allah. Hanya Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin...
Tidak kira dimana jua engkau berada, moga Allah melindungimu setiap saat, setiap detik. Hanya Allah yang tahu perasaanku disaat ini. Terima kasih kerana hadir walaupun hanya sementara. Aku sungguh bahagia walaupun sekejap. Alhamdulillah. Maafkan segala salah silapku. May Allah bless you, my lovely friend. Fi hifzillah. La Tahzan, Assalamualaikum.

Latif's Daughter Copyright. Designed by Blogger Template